LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM
SEKITAR
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi
tujuan memelihara dan memulihara alam sekitar adalah seperti yang berikut :-
(A) PENGHUTANAN SEMULA
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula
spesis pokok yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan penebangan (hutan) supaya
kembali seperti hutan.
TUJUAN :-
- Penghutanan semula adalah
untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara
berterusan.
- Kaedah ini perlu dijalankan
secara terancang dan sistematik.
CONTOH :-
- Penghutanan semula yang
telah dilaksanakan di Malaysia adalah di :-
- Hutan Simpan Kemasul,
Pahang.
- Hutan Simpan Paya Laut,
Perak.
(B) MEWARTAKAN HUTAN SIMPAN DAN TAMAN NEGARA
TUJUAN :-
- Hutan simpan dan taman
negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir
pupus.
- Kegiatan pembalakan,
penerokaan hutan, dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan
tersebut.
CONTOH :-
- Hutan Simpan Hulu Gombak,
Selangor.
- Hutan Simpan Sepilok, Sabah.
- Hutan Simpan Bukit Lama,
Sarawak.
- Taman Negara Kinabalu,
Sabah.
- Taman Negara, Pahang.
(C) PENANAMAN BERTERES
Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di
kawasan cerun bukit bagi pelbagai jenis tanaman seperti :-
getah, kelapa sawit dan teh.
TUJUAN :-
- Untuk
mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit.
CONTOH :-
- Penanaman
teh di Cameron Highlands.
(D) TANAMAN TUTUP BUMI
Tanaman tutup bumi di tanam di lereng-lereng bukit
antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit.
TUJUAN :-
- Untuk
mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.
CONTOH :-
- Kekacang
dan rumput.
(E) PENGGUNAAN BAJA ORGANIK
Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja
organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk
menggantikan penggunaan baja kimia.
TUJUAN :-
- Untuk menambahkan kesuburan
tanah.
- Kos baja organik lebih
murah.
- Tidak perlu diproses.
- Tidak mencemarkan alam
sekitar.
CONTOH :-
- Peladang
lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung
helang digunakan dan kelawar sebagai baja.
(F) KAEDAH BIOLOGI
Peladang kelapa sawit di negara ini menggunakan
kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak.
TUJUAN :-
- Dapat
mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan
mencemarkan alam sekitar.
CONTOH :-
- Di
ladang kelapa sawit, ular, burung hantu dan burung helang digunakan untuk
menangkap haiwan perosak seperti tikus.
(G) PERTANIAN TETAP
Kerajaan menggalakkan para petani tradisional yang
mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman kepada pertanian
tetap.
TUJUAN :-
- Untuk
mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan
hakisan tanah.
CONTOH :-
- Tanaman
jagung, sawah padi, dan kubis.
(H) MELANDAIKAN CERUN DAN MEMBUAT TARUHAN
Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan
cerun dilakukan dengan lebih terancang.
TUJUAN :-
- Untuk
mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
CONTOH :-
- Kawasan
cerun bukit akan dilandaikan terlebih dahulu untuk mengurangkan hakisan
tanah dan kejadian tanah runtuh.
(i) PEMBINAAN TEMBOK KONKRIT DAN LONGKANG KONKRIT
Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang
telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah.
Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula
diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit.
TUJUAN :-
- Untuk
mengelakkan air bertakung dan seterusnya tanah dapat dielakkan di kawasan
tersebut.
CONTOH :-
- Kawasan
perumahan, lebuh raya dan sekitar tapak pembinaan.








No comments:
Post a Comment