Thursday, 13 October 2016

  •          Hasil daripada penyiasatan, kenaikan yang terjadi adalah dalam 2cm pada abad ke-18, bertambah kepada 6cm pada abad ke-19 dan catatan paling tinggi pada abad ke-20 iaitu 19cm.
  •          Hal ini berlaku disebabkan oleh pencairan lapisan ais di kutub utara.
  •          Permukaan air laut dianggarkan akan naik naik antara 0.8m hingga 1.5m pada abad-abad akan datang.
  •          Kenaikan ini boleh memberikan kesan kepada beberapa buah negara atau ibu kota yang terletak berhampiran dengan pantai.
  •          Peningkatan aras laut mampu menghasilkan gelombang ombak ganas yang boleh mengancam struktur garisan pantai serta pemusnahan zon penampan paya bakau yang boleh merosakkan habitat asli serta kehidupan akuatik seperti ikan, ketam, udang, terumbu karang dan sebagainya.
  •          Pemanasan global sesungguhnya dapat memberi kesan kepada taraf kesihatan penduduk dunia.Kesannya boleh dirasai oleh semua negara.Menurut WHO perubahan iklim yang berlaku menyebabkan seramai 150,000 orang mati disebabkan jangkitan penyakit.
  •          Akhir sekali pencemaran udara juga boleh menyebabkan penglihatan manusia terjejas disebabkan oleh asap dan jerebu.Antara kesan jerebu kepada manusia adalah seperti berikut:

1)      Radang mata
2)      Gangguan kepala hidung
3)      Gangguan sistem pernafasan
4)      Partikulat yang menyebabkan peradangan dan meninggalkan parut pada tisu paru-paru.
  •          Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh negara.Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida , Sulfur Dioksida dan sebagainya.Alat pengawasan secara telemetri memberikan bacaan serta merta tentang tahap pencemaran udara.Alat ini dipasang di kawasan perindustrian, kediaman,komersial dan kawasan yang sesak dengan lalulintas.
  •          Data berhubung dengan indeks pencemaran udara (IPU) dilakukan oleh JAS setiap masa.Indeks bagi menunjukkan status kualiti udara oleh JAS seperti jadual berikut:


IPU
Status IPU
0-50
Baik
51-100
Sederhana
101-200
Tidak sihat
201-300
Sangat tidak sihat
301-500
Berbahaya
Melebihan 500
Kecemasan


PENCEMARAN DARAT DAN TANAH


  •          Pencemaran tanah berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesyat bahan di sesebuah kawasan sehingga berlaku pertukaran warna,hakisan dan kesuburan tanah.
  •       Bahan pembuangan tersebut terbahagi kepada dua,iaitu cecair dan pepejal.Bahan buangan cecair ialah bahan kimia seperti sisa toksik dan racun.Pembuangan sampah sarap (pepejal) yang tidak terkawal juga adalah punca berlaku pencemaran tanah.

No comments:

Post a Comment