PENCEMARAN AIR
- Permukaan air di Malaysia meliputi 97% daripada bekalan air dan 3% adalah air bawah tanah.
- Sungai menyumbangkan lebih daripada 90% bekalan air mentah.
- Pembangunan tanpa kawalan menyebabkan sumber air di Malaysia telah tercemar.
- Pencemaran air berlaku apabila sifat air beubah dan memberi kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
- Punca utama berlakunya pencemaran air ialah pembuangan sampah yang tidak teratur, najis, sisa perkilangan, bahan kimia dan tumpahan minyak.
- Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia banyak menggunakan air dalam kehidupan seharian.
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai semenjak 1978 bagi mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenal pasti sumber-sumber pencemaran.
- Indeks Kualiti Air (IKA) digunakan untuk menentukan status kualiti air sungai yang diklasifikasikan kepada 3 kategori:-
1)
Bersih (B)
2)
Sederhana tercemar (ST)
3)
Tercemar (T)
No comments:
Post a Comment