Thursday, 13 October 2016

PENCEMARAN BUNYI
  •         Pembangunan masa ini telah memberi kesan kepada pencemaran bunyi.
  •          Pencemaran bunyi boleh disebabkan oleh pertambahan kenderaan bermotor dan juga sektor pembinaan.
  •          Pencemaran bunyi biasanya banyak berlaku di kawan bandar.
  •          Hal ini kerana di kawasan bandar terdapat lebih banyak kenderaan seperti motor, kereta dan bas.
  •          Sehubungan dengan itu, di bandar juga terdapat banyak pembinaan bangunan-bangunan baru yang telah mengakibatkan pencemaran bunyi.




PENCEMARAN UDARA


  •          Pencemaran udara membawa maksud berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke atmosfera sehingga menyebabkan berlakunya perubahan yang tidak baik ke atas kehidupan manusia dan haiwan.
  •          Bahan kimia ini jka terlampau banyak akan memasuki tubuh manusia dan masuk ke dalam sistem pernafasan dan menyekat pengaliran oksigen ke seluruh badan manusia.
  •          Jenis-jenis bahan pencemar yang biasa terdapat di ruag angkasa di Malaysia ialah seperti Karbon Monoksida, Nitrogen Dioksida, Plumbum dan Sulfur Dioksida.
  •          Antara punca daripada pencemaran ini ialah disebabkan oleh asap kenderaan, bahan pencemar daripada kilang, pembakaran terbuka serta pembakaran hutan, penyemburan racun perosak dan penggunaan baja dalam sektor pertanian.
  •          Antara kesan-kesan pencemaran udara ialah:

1)      Penipisan lapisan ozon
2)      Hujan asid
3)      Pemanasan global
4)      Jerebu
  •          Kesan penipisan lapisan ozon ialah:

1)      Pendedahan terus matahari kepada manusia mengakibatkan kanser kulit.
2)      Pencairan ais di Kutub Utara
3)      Menganggu ekosistem kehidupan kehidupan
  •          Kesan hujan asid ialah:

1)      Hujan asid berlaku apabila wujudnya penggabungan gas Sulfur Dioksida dan Nitrogen Oksida dengan air hujan dan ia akan mewujudkan pula asid Sufurik dan asid Nitrik.
2)      Hakisan pada bangunan
3)      Tanah berasid
  •          Kesan pemanasan global ialah:

1)      Bumi menjadi panas.
2)      Hutan terbakar.
  •          Menurut PBB melalui FAO pada tahun 2006, industri penternakan ialah penyumbang kepaad gas rumah kaca, iaitu sebanyak 18%.
  •          Kesan yang paling nyata dapat dilihat adalah dengan kenaikan paras laut.
  •         Walaupun kenaikannya hanya beberapa meter tetapi kenaikan ini tetap akan memberikan impak besar kepada ekonomi dan kehidupan manusia.


No comments:

Post a Comment