Thursday, 13 October 2016

LANGKAH-LANGKAH PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
  •          Malaysia telah menubuhkan Jabatan Alam Sekitar atau JAS yang terletak di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.Ia bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.
  •          Dasar Alam Sekitar juga telah ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersih,selamat dan sihat.Selain menguatkuasakan undang-undang terhadap pencemaran,JAS juga berperanan mengadakan kempen-kempen kesedaran mengenai pencemaran di seluruh Malaysia.
  •          Keprihatinan negara Malaysia terhadap kelestarian alam sekitar adalah dengan mewujudkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan bersampingan dengan menetapkan supaya penilaian kesan alam sekitar ,penilaian awal tapak projek ,kawalan pencemaran pemantauan dan penguatkuasaan sendiri dapat dilaksanakan.
  •         Aktiviti-aktiviti perindustrian dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar sebelum melaksanakan projek.Aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling 1987,yang memerlukan penilaian EIA sebelum kelulusan projek adalah seperti yang berikut:

1)Pertanian
2)Lapangan terbang
3)Perhutanan
4)Perikanan
5)Perumahan
6)Perindustrian
7)Infrastruktur
8)Pelabuhan
9)Kuari
10)Penjanaan tenaga
11)Pengangkutan
12)Pelupusan bahan buangan
13)Perlombongan
14)Petroleum
15)Limbungan kapal
16)Saliran
17)Tempat peranginan dan rekreasi
  •          Sejak 1992 Malaysia telah melaksanakan dasar kebangsaan mengenai alam sekitar ,berusaha untuk memulihara warisan semula jadinya melalui penguatkuasaan , penyelidikan,pendidikan kesedaran awam.
  •          Kini,negara Malaysia sedang melaksanakan agenda baharu,iaitu Matlamat Pembangunan Kelestarian (SDG) yang bukan saja meneruskan agenda Matlamat Pembangunan Milenium MDG , malah memfokuskan langkah memastikan kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi.SDG juga memfokus kepada langkah membendung perubahan iklim yang boleh memberi impak kepada manusia.


No comments:

Post a Comment